Terima Kasih di atas keperihatan pihak tuan dalam menyediakan peta di lokasi peperiksaan. Saya juga mengambil kesempatan ini, memohon kerjasama daripada pihak tuan agar menyediakan tempat letak kereta yang mencukupi kepada kakitangan awam yang menduduki peperiksaan di Sapura.Sekian
1. Pakaian yang dibenarkan adalah pakaian rasmi bekerja di pejabat. Manakala bagi hari khamis adalah berpakaian batik selaras dengan Surat Pekeliling Perkhidmatan 1/2008.
2. Peralatan alat tulis adalah berupa Pen Mata Bulat (ball pen) bagi kertas karangan/esei. Manakala bagi kertas objektif, hanya pensel 2B sahaja.
3. Calon-calon digalakkan hadir di dewan peperiksaan lebih awal untuk menduduki peperiksaan.
4. Calon tidak dibenarkan membuat bising, berbincang dan meniru. Calon mesti memastikan telefon bimbit dimatikan (OFF) semasa peperiksaan sedang berjalan.
5. Calon hanya dibenarkan merujuk kepada buku-buku rujukan tertentu sekiranya peperiksaan tersebut membenarkan rujukan boleh dibuat terutama Peperiksaan Perkhidmatan Awam dan KPSL. Bagi peperiksaan PTK, sebarang buku rujukan adalah tidak dibenarkan sama sekali.
6. Calon mesti mematuhi segala peraturan-peraturan peperiksaan yang telah ditetapkan yang dibaca oleh Ketua Pengawas yang bertugas.
Makluman
Calon-calon yang mengambil peperiksaan perkhidmatan awam untuk pengesahan dalam perkhidmatan atau tujuan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) adalah dibenarkan untuk membuat rujukan. Buku rujukan yang dibenarkan ialah
1. Perintah AM 2. Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam 3. Arahan Keselamatan 4. Akta KWSP dan Akta Pencen 5. Kanun Tanah Negara.
Sila rujukan jabatan masing-masing untuk pengesahan buku rujukan yang lain. Sebarang nota slide dan nota ringkas tidak dibenarkan sama sekali.
Selamat Berjaya Menempuh Peperiksaan.
Makluman
Peta yang terdapat di blog ini adalah hanya panduan bagi bakal calon yang mengambil peperiksaan perkhidmatan atau ptk. Tujuan peta ini adalah untuk menunjukkan arah untuk ke lokasi tempat peperiksaan yang ditawarkan oleh pihak yang menganjurkan peperiksaan tersebut. Untuk sebarang pertanyaan tempat peperiksaan bolehlah hubungi pihak yang berkenaan.
Penafian : Pihak penulis blog tidak bertanggungjawab di atas kehilangan/kerosakan di atas penggunaan maklumat daripada blog ini.
Terima Kasih di atas keperihatan pihak tuan dalam menyediakan peta di lokasi peperiksaan. Saya juga mengambil kesempatan ini, memohon kerjasama daripada pihak tuan agar menyediakan tempat letak kereta yang mencukupi kepada kakitangan awam yang menduduki peperiksaan di Sapura.Sekian
ReplyDeletehaah betul selalu exam di sapura kekurangan parking, kena dtg awal la klu camtu.........
ReplyDelete